Alusi – By Chef Hazrul, Loker & Zulika Zahra (ThreeO) – (Lyric Video)

ThreeO merupakan sebuah kumpulan HipHop Melayu dari Malaysia yang dianggotai 3 orang anak muda Chef Hazrul, Loker dan Zulika Zahra. ThreeO telah ditubuhkan sekitar pertengahan 2017. Jom dengarkan single pertama kami yang bertajuk Alusi.

ALUSI

Mulut kata Sayang tapi hati Melayang,
Diri rasa Rindu namun kerasnya Jiwamu,
Sesat dalam Terang hilang tanpa Bayang,
Lemas dalam Lagu kembali pada Penciptamu,

Ranjau hidup Dunia sungguh banyak pancaroba,
Mata mulut telinga sungguh susah nak dijaga,
Jangan peduli apa orang nak cerita mengata,
Persiapkan senjata baru mereka tidak berkata,
Hati hati kata janji manis Duniawi,
Hati hati mainan sandiwara Berahi,
Hidup melingkup telangkup tanpa kita sedari,
Takut kau menyesal pula dikemudian hari,
Jangan kau peram saja ilmu yang dikurniakan,
Kongsi sama untung tanda bersyukur atas kenikmatan,
Kita semuanya hamba tiada yang membezakan,
Kelak mati nanti kau pula banyak dipersoalkan,
Apa rasa cinta sayang jika tak dibalas,
Nilai diri sendiri kau seorang yang pemalas,
Kembali sujud Maha Esa memberi kau nafas,
Semoga apa yang kau impikan semua takkan terlepas,

Mulut kata Sayang tapi hati Melayang,
Diri rasa Rindu namun kerasnya Jiwamu,
Sesat dalam Terang hilang tanpa Bayang,
Lemas dalam Lagu kembali pada Penciptamu,

Dari sekecil zarah kita diciptakan
Sungguh mulia martabat seorang insan
Sering terleka lalai angkuh dan juga lupa diri
Tak pernah tertutup pintu keampunan Illahi,
Berakit rakit dahulu bersenang senang kemudian,
Sekarang baru ku tahu apa orang tua katakan,
Dalam kesibukkan hidup yang membelenggu,
Ingat jangka hayat hidupmu hanya Tuhan yang saja tahu,
Zaman teknologi serba serbi canggih,
Anak muda mula sibuk parti dan menagih,
Apa guna kerja pagi sampai malam,
Sumbunya tebal namun cahayanya kelam,
Apa guna harta benda yang riuh menimbun,
Tapi akhir ceritanya hutang yang bersusun,
Cuba tarik nafas panjang jiwa yang tertekan,
Cuba selak lembaran disitu ada pedoman,

Cuba kau buka hatimu yang ternyata itu palsu,
Mencari kebenaran jiwa tuk mengisi hatimu,
Walau dalam dakapan cintakan kuhembus kalbumu,
Tapi Sayangnya kau tetap lupa pada Pencipta,

Ku zahir ku lafaz hingga hilang murung,
Ku ikat ku tambat nafsu tak terbendung,
Dicelah rekah ku bangkit yang pertama terjaga,
Dibisik mimpi berjangkit selesa lena semula,
Bila kata Sayang janji harus dikota,
Bila hati Melayang tasbih mula kau raba,
Jika rasa Rindu dilapangan sanubarimu,
Ketuk kerasmu Jiwa dengan Asma Tuhan yang Satu,

Mulut kata Sayang tapi hati Melayang,
Diri rasa Rindu namun kerasnya Jiwamu,
Sesat dalam Terang hilang tanpa Bayang,
Lemas dalam Lagu kembali pada Penciptamu,

Pencipta Lagu : Chef Hazrul & Loker
Penulis Lirik : Chef Hazrul & Loker
Komposer : Chef Hazrul & Loker
Penyanyi : ThreeO
https://instagram.com/officialthreeo?

Music Arrangement : Rafikoncept
https://instagram.com/rafikoncept?igs

Production Team : Aura Record Production
https://instagram.com/aurarecord?igsh

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )